Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

KWSP lancarkan i-Sayang Untuk Benarkan Suami Beri Caruman 2% Kepada Isteri

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kemudahan kewangan baharu yang dipanggil i-Sayang yang membolehkan suami memindahkan secara sukarela 2% daripada caruman bulanan KWSP mereka kepada akaun isteri untuk kebajikan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha KWSP untuk mengembangkan lagi jaringan perlindungan sosial kepada institusi keluarga dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, yang tidak dilindungi mana-mana skim perlindungan sosial, menabung untuk persaraan mereka.

Dengan membolehkan suami mencarum secara sukarela 2% daripada caruman bulanan KWSP mereka, mereka akan menggalakkan isteri mereka mempunyai simpanan jangka panjang dan di samping itu, mendapat akses kepada jaminan sosial berkualiti dan jaminan pendapatan yang dinikmati oleh ahli KWSP.

Baca Juga: Wajarkah Pengeluaran KWSP Dipertimbang Pihak Kerajaan?

Datuk Seri Amir Hamzah juga berkata kira-kira 2.4 juta suri rumah di negara ini tidak bekerja atau berada di luar tenaga buruh, justeru tidak dilindungi oleh sebarang bentuk perlindungan sosial dan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kesulitan atau kejutan kewangan.

Susulan itu, inisiatif i-Sayang adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita, di samping menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Apakah insiatif i-Sayang KWSP?

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Baca Juga: Kerajaan Tambah RM500 Dalam Akaun KWSP Bagi Ahli Kurang Simpanan

Malah, dengan insiatif ini pindahan boleh dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

Namun, pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

Permohonan i-Sayang boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP

Permohonan untuk i-Sayang boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Terminal Layan Diri (SST) KWSP, atau di mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh diperolehi daripada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau hubungi pusat pengurusan perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Total
0
Shares
Related Posts