Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lima Undang-Undang Tak Masuk Akal Yang Dibuat Oleh Sesebuah Negara

Undang-undang merupakan satu perkara wajib disesebuah negara. Tujuan utama undang-undang adalah untuk menjamin keselamatan rakyatnya. Oleh itu, semua undang-undang dilaraskan mengikut kesejahteraan rakyat di sesebuah negara tersebut.

Tapi, macam mana kalau undang-undang tu pelik? Pelik sampai kita terfikir kenapa undang-undang diwujudkan di negara tersebut. Jadi, harini kami akan kongsikan lima negara dengan undang-undang paling tak masuk akal.

Singapura

Negara jiran kita Singapura memang terkenal dengan kemajuannya. Tapi, bukan disebabkan kemajuan sahaja mereka dikenali tapi mereka juga dikenali disebabkan dengan larangan memakan gula-gula getah.

Di singapura terdapat larangan untuk memakan gula-gula getah dan jika pelaku tertangkap kerana perbuatan tersebut akan dikenakan saman.

Tapi jangan risau, undang-undang ni hanya boleh digunakan di tempat-tempat awam je seperti shopping mall dan taman permainan.

Jerman

Di Jerman, korang kena sentiasa pastikan minyak kereta korang mencukupi sampai ke destinasi yang nak dituju.

Sebabnya, kalau kereta korang kehabisan minyak di tengah jalan, korang bukannya dapat bantuan, malah dapat denda juga.

Undang-undang ni dikira amat berat jika korang gagal nak patuhi. Oleh itu, jangan sesekali korang berjalan kaki ke stesen minyak kerana dendanya akan berganda-ganda daripada jumlah asal.

Australia

Di beberapa negeri di Australia, aktiviti bermain layang-layang bukan sahaja dilarang, malah diharamkan juga.

Yang luar biasanya, undang-undang ni memang ada termaktub dalam Summary Offences Act of 1966. Tidak cukup dengan tu, undang-undang ni dibuat kerana aktiviti itu dianggap memberi gangguan kepada orang ramai di tempat awam.

Kalau korang didapati bersalah sehingga mengganggu ketenteraman awam, korang boleh dikenakan hukuman sehingga RM4,000.

Denmark

Percaya atau tidak, di Denmark, suami isteri yang bakal menjadi ibu bapa ini hanya boleh memberi nama anak mengikut senarai yang telah dibuat oleh negara itu. Sehingga kini, terdapat 7,000 nama yang boleh dipilih antaranya William, Karl dan Ella.

Jika mahukan nama yang lain daripada senarai, ibu bapa perlu memohon kelulusan daripada pihak kerajaan.

Walau apa pun, undang-undang ini dipercayai wujud kerana ingin mengelakkan ibu bapa daripada menamakan anak dengan nama-nama yang dianggap sebagai bodoh.

Itali

Korang jangan pelik sebab dekat Itali ni, korang akan dikenakan denda jika didapati bersalah membawa anjing bersiar-siar lebih daripada 3 kali sehari.

Denda yang dikenakan pula bukannya sikit, kalau langgar peraturan ni, dorang kena bayar RM2,500 tau! Pun begitu, tak dapat dipastikan bagaimana cara pihak berkuasa di sana kenal pasti kesalahan yang dilakukan ni.

Total
0
Shares
Related Posts