Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tak Tahu Nak Mengundi Siapa? Ini Panduan Pilih Calon Sebelum Pangkah

Seperti umum tahu, tujuan pilihan raya diadakan adalah untuk memberi peluang kepada rakyat mengundi individu sesuai bagi mewakili kepentingan mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Namun bagaimanakah kita sebagai rakyat ingin mengundi wakil yang mewakili kepentingan pemilih? Mesti korang keliru nak pilih wakil rakyat yang mana.

Jangan risau! Sebab Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membuat satu perkongsian tentang panduan untuk masyarakat memilih calon untuk Pilihan Raya Negeri 2023.

Undi calon yang berwibawa 

Dalam perkongsian itu, beliau menitik-beratkan sifat dan sikap yang perlu ada sebelum mengundi calon pilihan. Menurut beliau calon perlu mempunyai sifat ;

  • Sifat sabar dan berprinsip
  • Kompeten, memahami skop tugasan dan berintegriti
  • Mampu menjaga Agama Dan prihatin kepada Rakyat bawahan
  • Calon tidak dikenali sebagai penipu

Perkara itu diperincikan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya.

Apa hukum merosakkan undi & tidak mengundi?

Menurut Mufti Wilayah, seseorang yang merosakkan undi adalah haram kerana ia termasuk dalam larangan menyembunyikan kesaksian seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 283.

Malah, Syeikh D Yusuf al-Qaradhawi pernah mengeluarkan fatwa tentang hukum berdosa bagi mereka yang sengaja tidak mahu keluar mengundi.

Baca Juga: Mana Yang Betul, Insya-Allah Atau InsyaAllah?

Jadi korang yang mana keliru boleh guna panduan ini untuk jalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi kerana satu undi daripada anda amatlah berharga dan boleh menjadi penentu kepada masa depan negara.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Total
0
Shares
Related Posts