Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Mana Yang Betul, Insya-Allah Atau InsyaAllah?

Perkataan Insya-Allah sering digunakan dalam hidupan seharian. Malah, perkataan itu mempunyai pelbagai versi ejaan seperti Insya Allah, Insya-Allah dan InsyaAllah.

Perkara ini mengundang kekeliruan walaupun perkataan itu membawa maksud yang sama. Namun, cara ejaan mana yang betul mengikut tatabahasa Melayu?

Insya-Allah adalah ejaan yang betul menurut Dewan Bahasa Pustaka

Baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima teguran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung satu kesalahan ejaan.

Dalam hantaran itu, beliau mengakui kurang jelas dengan ejaan sebenar istilah tersebut dan sering mengejanya dengan ejaan ‘InsyaAllah’.

Baca Juga: Hukuman Mati Kepada Perokok Zaman Uthmaniyyah

Menurut DBP, tanda sempang digunakan apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama Khas yang dimulai dengan huruf besar.

Dengan ini ejaan yang betul bagi perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Perdana ialah ‘insya-Allah’.

Total
0
Shares
Related Posts