Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Aplikasi Maybank & MAE Tergendala

Jika anda tidak dapat mengakses perkhidmatan dalam talian Maybank, iaitu laman web Maybank2u dan aplikasi MAE, anda tidak bersendirian. Beberapa pengguna di media sosial telah melaporkan mengalami masalah semasa cuba log masuk ke salah satu platform atau menggunakan kad fizikal bank mereka sekitar 2:50 petang hari ini.

Maybank memaklumkan perkhidmatan web dan perbankan mudah alih, Maybank2u iaitu bagi aplikasi M2U dan MAE tergendala buat masa ini.

Menurut kenyataan Maybank, ia juga melibatkan penggunaan kad debit dan kredit.

Jelas Maybank, bagi sebarang bantuan, boleh kemukakannya melalui mesej peribadi atau hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts