Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Guna Logo & Tanda Tangan Ketua Polis Antara Taktik Penipuan Baharu

Polis mengesan taktik terbaharu yang digunakan ‘scammer’ bagi memperdayakan mangsa dengan menggunakan dokumen palsu, paparan waran tangkap atau notis kehadiran yang mempunyai logo polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima dua laporan polis yang menggunakan modus operandi berkenaan, kononnya melibatkan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perlis.

Kes pertama melibatkan seorang peniaga kedai makan di Teluk Intan, yang ditipu kononnya waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya, namun ia tidak melibatkan kerugian apabila peniaga itu terus membuat laporan polis, manakala dalam kes kedua seorang pensyarah universiti menjadi mangsa, mengakibatkan beliau mengalami kerugian RM98,000.

Baca Juga: Lebih 1,700 Aduan Jenayah Siber Dicatat Setakat Februari 2023

Untuk makluman, sepanjang tahun lepas 358 kes ‘phone scam’ telah dilaporkan, membabitkan kerugian berjumlah RM15,110,598.87, manakala bagi tempoh Januari hingga Mei lepas, 181 kes ‘phone scam’ disiasat melibatkan kerugian berjumlah RM8,088,363.49

Antara modus operandi yang digunakan ialah menyamar sebagai pihak berkuasa, institusi kewangan, mahkamah, syarikat insurans dan syarikat penghantaran.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts