Pemberian kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua golongan dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.
Kementerian kewangan memaklumkan bantuan e-tunai itu akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40.
Baca Juga: Bila Waktu Malaysia Mengalami Suhu Tinggi ?
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Apakah bantuan e-tunai RM100?
Bantuan e-tunai sebanyak RM100 adalah insiatif untuk menolong semua golongan dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 ke bawah.
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Berusia 21 tahun dan ke atas.
- Merupakan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) (Berpendapatan RM100,000 dan kebawah sahaja).
Difahamkan bantuan e-tunai akan mula dilaksanakan pada Oktober depan atau suku keempat tahun ini. Namun, tarikh pemberian belum diumumkan dan akan dimaklumankan dari semasa ke semasa.
Sumber: utusan