Pelajar yang menerima Peranti Siswa tidak perlu memulangkan tablet tersebut selepas kerajaan bersetuju untuk memberi terus peranti tersebut kepada mereka apabila telah tamat pengajian kelak.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keputusan itu dibuat serta merta selepas mendapat maklum balas yang positif ketika bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa bersama wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar pada 15 Ogos lalu.
Pemberian peranti ini adalah sebagai penghargaan dan diharapkan menjadi pemangkin bagi penerima Peranti Siswa untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa juga berharap agar penerima supaya tidak menjual peranti tersebut. Malah jika penerima itu terkena musibah seperti banjir, kerajaan akan menggantikan peranti tersebut.
Kalau terkena banjir atau musibah juga tidak perlu risau kerana peranti lain akan diberikan secara berterusan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa
Dalam pada itu, Annuar Musa juga berkata jika peranti itu rosak, penerima boleh menghantar peranti itu ke pusat khidmat samsung kerana ia mempunyai jaminan selama dua tahun.
Pelajar puas hati dengan peranti yang diberikan, ramai pelajar ingin mohon Peranti Siswa
Di media sosial, ramai pelajar yang turut berkongsikan video mereka telah menerima tablet Peranti Siswa dari kerajaan.
Ini kerana model tablet yang diterima canggih dan sesuai digunakan oleh para pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran. Peranti yang diberikan ini menyebabkan pelajar tidak mahu melepaskan peluang yang diberi oleh pihak kerajaan.
Baca juga: 5 Ciri Baharu Google Docs Yang Korang Perlu Tahu
Difahamkan model peranti yang di terima pelajar adalah model Samsung Galaxy Tab A8, ia juga didatangi dengan casing, keyboard, dan stylus pen
Peranti Siswa adalah inisiatif dibawah Belanjawan 2022
Untuk makluman, inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 yang diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melibatkan peruntukan RM450 juta.
Program berkenaan bertujuan untuk membantu mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) keluarga B40 yang mempunyai purata bulanan pendapatan isi rumah bawah RM 4,850.
Pemberian sebanyak 400,000 itu dibuat secara berfasa untuk memberi peluang pelajar baharu memasuki universiti di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Pelajar boleh membuat permohonan melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Sumber: astro awani, FMT, Facebook