Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lokasi Pesawat MH370 Mungkin Boleh Dikesan Melalui Teritip

Sehingga kini kehilangan pesawat MH370 telah menjadi salah satu misteri yang tragis dalam sejarah penerbangan. Pesawat itu hilang dari radar skrin pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777-200ER semasa penerbangan rutin dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China, dengan 239 orang di dalamnya.

Setahun selepas kejadian tersebut berlaku, terdapat beberapa penemuan komponen seperti bingkai dan flaperon yang dikatakan milik MH370 terdampar di Pulau Reunion. Walau bagaimanapun, lokasi kehilangan pesawat tersebut masih belum diketahui.

Baca Juga: MH370: Misteri Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines

Satu kajian baru menunjukkan bahawa teritip yang ditemui pada serpihan pesawat mungkin dapat mengesan lokasi pesawat MH370. Kajian itu menganalisis teritip yang terdapat pada flaperon, iaitu bahagian sayap yang bergerak.

Menurut saintis, teritip tumbuh mengikut suhu air tertentu. Maka, suhu yang direkodkan dalam tertitip yang berada di serpihan MH370 itu boleh membantu penyiasat mengecilkan carian mereka

Apa yang berlaku kepada Pesawat MH370?

Pada 8 Mac 2014, Pesawat Malaysia Airlines MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing China.

MH370, sebaliknya, hilang ke udara dan tidak pernah ditemui. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepadanya walaupun sembilan tahun selepas ia hilang secara misteri.

Kali terakhir anak kapal berkomunikasi dengan kawalan trafik udara (ATC) sekitar 38 minit selepas berlepas ketika penerbangan itu melintasi Laut China Selatan.

Sumber: indepedent.uk

Total
0
Shares
Related Posts