Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Cuti Bersalin 98 Hari & Kerja 45 Jam Mulai Tahun Depan

Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022) yang sebelum ini ditangguhkan bakal dilaksanakan pada 1 Januari 2023.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata pihaknya akan meneruskan penguatkuasaan akta terbabit kerana undang-undang itu sudah diluluskan Parlimen.

Saya rasa perkara ini harus kita teruskan, sebab undang-undang ini telah lulus di Parlimen dan sebahagian besar daripada pindaan ini adalah berdasarkan kepada Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan ia (akta) adalah sebagai jaminan kepada pekerja.”

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar

Beliau turut berkata walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan itu, terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Baca Juga: Pelaksanaan Waktu Bekerja Pendek Ditangguhkan Tahun Hadapan

Akta Kerja 1955 akan menaikkan cuti bersalin 98 hari & kerja dikurangkan kepada 45 jam

Untuk makluman, Akta Kerja 1955 bukan sahaja meliputi cuti bersalin dan fleksibiliti dalam waktu bekerja mereka. Namun Akta itu juga meliputi:

  • Cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari.
  • Larangan diskriminasi dalam pekerjaan

Terdahulu, pelaksanaan akta kerja 1955 ditangguhkan akibat kekurangan pekerja asing yang berpotensi menjejaskan sesetengah industri. Walau bagaimanapun, penangguhan itu adalah yang terakhir dan ia akan tetap dilaksanakan bermula 1 Januari 2023.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts