Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Perdana Menteri Umum Cuti Tambahan Untuk Aidilfitri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal yang hanya akan dibuat pada Khamis, 20 April 2023.

“Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Baca Juga: Tengok Anak Bulan Untuk Puasa & Raya, Kenapa?

“Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan,” katanya.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Dalam pada itu, kerajaan turut melaksanakan Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.

Tol RAHMAH Percuma akan bermula dari 19 April 2023 (Rabu) sehingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin).

Sumber: bernama

Total
0
Shares
Related Posts