Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kes Demam Denggi Di Malaysia Meningkat

Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,969 kes pada Minggu Epidemiologi ke-05 (ME05) 2024 iaitu bagi tempoh 28 Jan 2024 hingga 3 Feb 2024 berbanding 3,781 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Sepanjang minggu kelima 2024, jumlah keseluruhan kes denggi ialah 3,969, berbanding 3,781 pada minggu sebelumnya. Tiada kematian denggi dilaporkan pada minggu kelima,”

“Bagi pengawasan chikungunya, satu kes direkodkan pada minggu kelima, menjadikan kes terkumpul kepada tiga. Tiada wabak chikungunya dilaporkan.”

Pada masa sama, Dr Radzi berkata musim perayaan dan cuti sekolah akan datang boleh memudahkan penularan denggi, penyakit virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Total
0
Shares
Related Posts