Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Energy Stick Sebenarnya Berbahaya?

Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebook menyiarkan maklumat kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan produk dikenali sebagai ‘Energy Stick’.

Produk nasal inhaler itu mula popular di kalangan pelajar sekolah yang dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2.50 sehingga RM10 sahaja.

“Produk penyedut hidung ini dipromosikan sebagai produk untuk memberi tenaga dan untuk memberi kesegaran kepada pengguna. Ada penjual menggunakan ‘tagline’ ‘Sedut dahulu, baru pergi sekolah’ dan ‘Sedut dulu baru mulakan kerja’.

Public Health Malaysia

“Ia bersaiz kecil, hanya sebesar pemetik api, berwarna warni dan didatangkan dengan pelbagai perisa menarik,” katanya.

Public Health Malaysia

PHM memaklumkan, produk itu mempunyai dua corong yang muat ke lubang hidung dan boleh disedut melalui hidung terus ke paru-paru.

Katanya, jika diperhatikan, pengambilan produk itu sama seperti pengambilan dadah melalui hidung ‘snorting’ dan secara psikologinya adalah sangat negatif kerana menggalakkan pengguna untuk mencuba bahan lain termasuk dadah.

“Berkaitan segi perubatan, pengambilan bahan kimia melalui hidung menyebabkan kerosakan mukus di dalam rongga hidung, luka, pendarahan dan jangkitan.

Public Health Malaysia

“Alahan dan keracunan juga boleh berlaku kerana bahan yang digunakan tidak diketahui. Bertambah lagi beban ibu bapa dan guru untuk memantau anak dari penggunaan barang ini,” katanya.

Public Health Malaysia

Public Health Malaysia meminta supaya penjualan dan pembelian produk itu dihentikan segera.

Sumber: Public Health Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts