Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pengaktifan Secure2u Maybank Beralih Sepenuhnya Di MAE Bermula 26 September

Pada April tahun lepas, Maybank telah menyediakan ciri pengesahan Secure2u pada aplikasi MAE sebagai tambahan kepada aplikasi Maybank2U MY.

Dalam kemas kini ciri di laman web rasminya, Maybank memaklumkan bahawa semua pengaktifan baharu Secure2U akan dipindahkan secara kekal daripada aplikasi M2U MY ke aplikasi MAE, bermula 26 September 2022.

Walau bagaimanapun, Ini hanya menjejaskan pengaktifan baharu, jadi jika anda sudah menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U, anda boleh terus berbuat demikian selagi anda terus menggunakan peranti yang sama.

Namun, Maybank amat menggalakkan pengguna untuk beralih kepada MAE untuk kelulusan Secure2u.

maybank

Mulai 8 Oktober, ciri Secure2u pada aplikasi MAE akan dipertingkatkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam. Ini bermakna jika anda mengaktifkan Secure2u pada peranti baharu selepas tarikh yang dinyatakan di atas, anda perlu menunggu selama setengah hari sebelum boleh menggunakannya.

Baca juga: Apple Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Langkah ini dilakukan untuk mencegah kelulusan tanpa kebenaran sekaligus mengelak kejadian penipuan atas talian dari berlaku.

Sumber: Maybank (2)

Total
0
Shares
Related Posts