Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gunung Ruang Meletus, Indonesia Beri Amaran Potensi Tsunami

Pihak berkuasa  Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas sebuah gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara meletus  dan menghamburkan abu setinggi lebih 1 kilometer ke udara dalam bencana yang memaksa beratus-ratus penduduk berpindah, lapor akhbar The Guardian semalam.

Menurut agensi vulkanologi Indonesia, Gunung Ruang meletus buat kali pertama pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat  letusan lain semalam.

Beberapa pegawai berkata, mereka bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu mungkin runtuh ke dalam laut dan menyebabkan tsunami seperti yang berlaku pada 1871. 

Pulau Tagulandang di perairan  timur laut Gunung Ruang sekali lagi berdepan risiko dilanda tsunami, memaksa penduduknya berpindah.

Tahap amaran untuk gunung berapi itu setinggi 725 meter di atas paras laut itu ditingkatkan daripada tiga kepada empat semalam sekali gus tertinggi dalam sistem amaran bencana  empat peringkat.

Lebih 800 orang dari dua perkampungan di Pulau Ruang telah dipindahkan  ke lokasi berhampiran, Pulau Tagulandang  yang terletak lebih 1.6 kilometer ke utara ibu kota wilayah Sulawesi Utara, Manado.

Tiada laporan mengenai  kematian atau kecederaan setakat semalam.

Pada 9 April 2024, gempa bumi berskala 6,4 magnitud dengan kedalaman 27 kilometer tercatat berlokasi di 94 kilometer barat laut Pulau Doi, Maluku Utara.

Total
0
Shares
Related Posts