Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Anda Graduan Ijazah Kelas Pertama? Ini Cara Memohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Kepada Graduan Ijazah Kelas Pertama Boleh Mohon Pengecualian PTPTN!
PTPTN

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda tanpa mengira status dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022.

“Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN akan diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama,” .

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Menurut Ismail Sabri, keistimewaan tersebut dapat mendorong pelajar-pelajar untuk belajar lebih bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan yang terbaik.

Untuk makluman anda, permohonan pengecualian bayaran boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh konvokesyen.

Jika anda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang sudah menamatkan pengajian bermula, ini adalah cara untuk memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN di atas talian.

Layari Laman Sesawang PTPTN

Perkara pertama, anda perlu lakukan adalah log masuk ke Sistem Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan melayari https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.

Isikan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman anda. Jika anda tidak tahu nombor pinjaman anda. Anda boleh dengan menghubungi Talian PTPTN di 03-2193 3000.

Klik butang mohon untuk meneruskan proses permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman. Tetapi perlu dingatkan semula, permohonan ini hanya boleh dilakukan oleh pelajar yang mendapat Ijazah Sarjana Muda pertama sahaja.

Lengkapkan maklumat peminjam

Selepas itu, anda perlu melengkapkan maklumat peminjam. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.

Lengkapkan maklumat pengajian

Isikan maklumat pengajian seperti CGPA, tarikh tamat pengajian, tarik senat dan tarikh konvokesyen dengan tepat. Kalau anda salah mengisi maklumat dengan tepat, ia akan membuat permohonan terbatal

Lengkapkan maklumat pendapatan

Pilih kategori pekerjaan sama ada sektor awam, sektor swasta, bekerja sendiri ataupun tidak bekerja. Kemudian, isi maklumat pendapatan anda.

Lengkapkan maklumat Isi rumah

Maklumat ibu bapa sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Jika ibu bapa meninggal dunia atau tidak dapat dikesan, peminjam perlu kemaskini maklumat penjaga.

Tambahan itu, jika ibu bapa masih bekerja ataupun sudah bersara, isikan juga maklumat pendapatan mereka.

Semak maklumat & hantar permohonan

Setelah selesai kemaskini maklumat, Tandakan (/) pada kedua-dua kotak pengesahan permohonan dan klik pada butang Hantar untuk menghantar permohonan.

Muat naik dokumen permohonan

Peminjam juga perlu memuat naik dokumen sokongan seperti salinan transkrip peperiksaan, salinan skrol atau Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, surat pengesahan tamat pengajian dan lain-lain.

Bagi salinan traskrip dan skrol, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Akademik ataupun Pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar di institusi pengajian terlebih dahulu. Dokumen lain pula hendaklah disahkan oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah, Pegawai Kerajaan, atau ketua kampung. Jika semua sudah lengkap klik hantar.

Mudah, kan? Memohon diatas talian je! Kepada sesiapa yang sudah tamat pengajian bolehlah cuba!

Total
0
Shares
Related Posts