Aplikasi WhatsApp dilaporkan menghadapi masalah teknikal, di mana pengguna WhatsApp di seluruh dunia didapati tidak dapat menghantar dan menerima mesej.
Menurut DownDetector, masalah itu berlaku sekitar 2.45 petang, lebih 3,000 laporan dari seluruh dunia telah diterima. Antaranya adalah melibatkan masalah mengakses aplikasi dan WhatsApp Web serta menghantar dan menerima mesej.
Pada masa artikel ini ditulis, WhatsApp dan Meta masih belum berkongsi kenyataan tentang isu tersebut di saluran rasmi mereka. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan platform mesej lain atau SMS untuk berkomunikasi berasaskan teks.