Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Waspada, Panggilan Telefon Penipuan Guna Nama K-KOMM

Selalu kena LHDN je. Licik betul scammer sekarang.
K-KOMM

Kehidupan harian kita hari ini terdedah dengan aktiviti penipuan dalam talian oleh sindiket yang mengambil kesempatan untuk mencuri duit orang ramai melalui pelbagai bentuk penipuan diatas talian.

Sebentar tadi, Ketua Setiausaha K-KOMM Mohammad Bin Mentek, memberi kenyataan di media sosial untuk menasihati orang awam supaya berhati-hati dengan panggilan telefon penipuan yang mendakwa mereka dari kementerian komunikasi dan multimedia.

Baca juga: Kiplepay Maklumkan Pengguna Potensi Data Diceroboh Melalui Pihak Ketiga

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau meminta orang ramai mengesahkan panggilan dengan kementerian di talian rasminya iaitu 03-8911 5351, 03-8911 5188, 03-8911 5258 atau 03-8911 5265.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak memberikan atau mendedahkan sebarang maklumat kepada pemanggil

Ketua Setiausaha K-KKOMM Dato Sri Haji Mohammad Bin Mentek

Sebarang panggilan telefon atau mesej teks yang disyaki penipuan mesti dilaporkan kepada pusat tindak balas jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) di 03-2610 1559 atau 03-2610 1599.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts