Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Rakyat Makan Duit Haram, Jika Terima BKM Fasa 4?

Baru-baru ini, Perdana Menteri Sementara, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Keempat akan dipercepatkan daripada Disember kepada 15 November.

Perkara itu dilakukan untuk membantu penerimanya bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya bencana banjir disebabkan Monsun Timur Laut.

BKM
Sumber: LHDNM

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan Ismail itu bertujuan meraih undi rakyat menjelang PRU15. 

Ini kerana Ismail hanyalah perdana menteri sementara setelah Parlimen dibubarkan dan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perbelanjaan dalam jumlah RM2.1 bilion itu tanpa usul diluluskan di Parlimen. 

Bila tak ada Parlimen, dia tak boleh buat apa-apa usul, tak boleh belanja wang yang banyak kerana semua perbelanjaan, semua usul mesti dilulus dalam Parlimen, barulah dia (perbuatan) jadi halal.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Baca Juga: PRU Adalah Judi, Bekas Penyanyi Nasyid Tidak Keluar Mengundi?

Tapi dia (Ismail) tak boleh nak tunggu, dia nak pengaruh, nak dapat undi dia ambil duit kerajaan sebanyak RM2.1bilion dan nak bagi pada semua orang (penerima).

Tun Dr Mahathir Mohamad

Untuk makluman, BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).

Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.

Bagi BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Total
0
Shares
Related Posts