Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

PRU Adalah Judi, Bekas Penyanyi Nasyid Tidak Keluar Mengundi?

Seperti umum tahu, kita bakal mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) pada 19 November. Malah, rakyat Malaysia disarankan untuk keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab kepada negara bagi kesejahteraan dan masa depan rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, Bekas penyanyi nasyid InTeam iaitu Suhaimi Saad mempunyai tanggapan berbeza terhadap PRU 15.

Pilihan Raya Umum adalah Judi?

Tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @matzam9 yang memuat naik kenyataan dari Suhaimi mengenai tanggapannya tentang Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurutnya, ahli-ahli politik yang bertanding itu tidak ubah seperti sedang berjudi kerana ada ‘wang pertaruhan’ ketika mahu menjadi calon untuk PRU.

Hampa tau dak orang yang mengundi, ambil calon tu keluarkan duit pertaruhan, judi tau tak yang hang dok sokong, bela duk mengundi tu. Kalau kalah hangus, judi ke tak?

Tambahnya, jika calon tersebut gagal  menjadi pemimpin di kawasan tersebut, duit yang dilaburkan akan ‘hangus’ begitu sahaja.

Malah, dia juga menegaskan agar jangan melarangnya untuk tidak turun mengundi kerana cara pemikirannya dan pemahaman agama tidak sama dengan orang lain.

Baca Juga: Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Bertanding Di Larut?

Bagaimanapun, pelantun lagu Kadang Kadang Rindu Kadang Kadang Lupa itu tidak melarang masyarakat untuk keluar mengundi.

Nak mengundi silakan, tetapi esok jawab sendiri dengan Allah. Allah sendiri suruh bersatu padu dan jangan pecah belah

Total
0
Shares
Related Posts