Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

‘12345’ Adalah Password Paling Banyak Digunakan Di Malaysia

Tahukah anda ‘password‘ yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia adalah 12345?

NordPass baru-baru ini telah menerbitkan kajian yang mendedahkan kata laluan yang sering digunakan di Malaysia. Malah, Kajian itu memberi penerangan tentang 200 common password yang digunakan di seluruh dunia dan perbandingan kata laluan antara 35 negara.

Apa yang menarik dalam kajian tersebut adalah penggunaan password “123456” sering digunakan di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Hampir 31% daripada kata laluan paling popular di dunia terdiri daripada jujukan berangka semata-mata, seperti “123456789,” “12345,” “000000” dan lain-lain.

Kata laluan seperti “password” juga digunakan oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia, “[email protected],” dan “P@ssw0rd” adalah kata laluan yang sangat popular pada tahun ini. Trend yang sama diperhatikan di negara lain, termasuk Jerman, Mexico, dan lain-lain.

Kenapa ramai gunakan password yang mudah?

Berdasarkan daripada kajian NordPass, ramai orang mempunyai kekurangan dalam berfikir ketika mencipta kata laluan. Terdapat beberapa sebab kenapa perkara itu dilakukan, salah satunya kerana kebanyakan orang hanya mahu menggunakan aplikasi atau perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, mencipta kata laluan yang kukuh dan unik untuk setiap perkhidmatan adalah penting untuk mengelak diri menjadi mangsa scam. Sebaiknya anda mencipta kata laluan yang panjang dan gabungan huruf, nombor dan aksara lain.

Sumber: Nordpass

Total
0
Shares
Related Posts