Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Aplikasi MySejahtera Akan Dijadikan Platform Digital Kesihatan Awam

Aplikasi MySejahtera akan dijadikan platform digital kesihatan awam negara berikutan peralihan negara daripada pandemik COVID-19.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau menyatakan bahawa langkah itu adalah selaras dengan syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mahu aplikasi itu dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Selain itu, PAC juga membentangkan Laporan Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri di Parlimen.

Baca juga: Pelitup Muka Kini Tidak Lagi Wajib Walaupun Dalam Bangunan

Antara yang disyorkan PAC adalah kerajaan harus memastikan pemilikan penuh kerajaan dalam aplikasi MySejahtera serta memberi jaminan bahawa data dalam aplikasi MySejahtera adalah selamat serta tidak disalahguna.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts