Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pelitup Muka Kini Tidak Lagi Wajib Walaupun Dalam Bangunan

Pelitup Muka

Pelitup muka tidak lagi diwajibkan semasa berada di dalam bangunan, Protokol itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan dan dikuat kuasa pada harini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kawasan seperti pusat membeli-belah, kedai, atau restoran. Namun pemilik premis dibenarkan untuk menguatkuasakan keperluan pelitup muka jika mereka mahu.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara di mana topeng muka masih diwajibkan:

  • Jika anda positif Covid
  • Apabila berada di bangunan kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan.
  • Apabila menaiki pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi, menaiki e-hailing.

Selain itu, pemakaian pelitup muka adalah wajib jika anda berasa sakit atau tidak sihat dengan demam, batuk, sakit tekak atau gejala lain (walaupun ia bukan Covid).

Baca juga: Pegang Rokok Sambil Catwalk, Dr Noor Hisham Tegur Noh Salleh

Kementerian Kesihatan masih mengalakkan pemakaian topeng muka bagi menghindar individu yang berisiko tinggi dari dijangkiiti wabak Covid.

Total
0
Shares
Related Posts