Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pegang Rokok Sambil Catwalk, Dr Noor Hisham Tegur Noh Salleh

Noh Salleh

Sebelum ini, penyanyi Noh Salleh selamba pegang rokok sambil ‘catwalk’ ketika berada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).

Noh Salleh

Perbuatan itu bukan sahaja menarik perhatian ramai, ia juga menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham untuk memberi teguran kepada vokalis kumpulan hujan itu.

Menurut hantaran Dr Noor Hisham di Facebook, golongan selebriti seharusnya menjaga tingkah laku kerana tindakkan mereka sering dipandang serta menjadi ikutan kalangan peminat mereka.

Baca juga: Noh Salleh Catwalk Sambil Pegang ‘Rokok’ Di KLFW2022

Beliau juga menambah, pihaknya juga memandang serius terhadap isu berkaitan selebriti yang menunjukkan tingkah laku tidak senonoh kepada umum seperti merokok.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 mengekang masalah merokok di kalangan masyarakat Malaysia.

KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts