Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Fenomena Hujan Meteor Leonids, Awal Pagi Ini

Kemuncak Hujan Meteor Leonids dijangka berlaku di langit Kuala Lumpur pada 18 November 2022 jam 3.00 pagi waktu tempatan.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut MOSTI, fenomena angkasa ini merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Leo.

Baca Juga: Saintis Ramal ‘Kiamat Internet’ Bakal Berlaku Beberapa Dekad Lagi?

Ianya berlaku pada setiap tahun sekitar 6 hingga 30 November apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 55P atau dikenali sebagai Komet Tempel-Tuttle.

Gambar sekadar ilustrasi

Walau bagaimanapun, uniknya Hujan Meteor Leonids kali ini, terdapat kemungkinan ratusan hingga ribuan meteor per jam dapat dilihat, bergantung kepada lokasi pemerhati.

Namun, peratus kebarangkalian kenampakan hujan meteor tersebut adalah rendah berikutan gangguan fasa bulan suku ketiga sewaktu kemuncak fenomena hujan meteor ini berlaku.

Untuk makluman, Ribut meteor Leonids yang terakhir berlaku pada tahun 2001 dan dijangka akan muncul kembali pada tahun 2034.

Total
0
Shares
Related Posts