Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kerajaan Lelong 40 Beg Tangan Mewah Berkait Dengan 1MDB

Sebanyak 40 beg tangan mewah pelbagai jenama dengan nilai ratusan ribu ringgit bakal dilelong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beg tangan itu antara harta hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang berjaya dilucuthak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Malah, wang tunai serta wang dan faedah dalam beberapa akaun bank berjumlah kira-kira RM83 juta juga berjaya dilucuthak oleh pihak berkuasa.

Sebanyak 40 buah beg tangan mewah yang telah dilucuthak masih dalam proses untuk dilelong.

Baca Juga: Negara Malaysia, Negara Kleptokrasi & Pencuri

Wang berjumlah lebih kurang RM66.96 juta yang disita polis dimasukkan ke dalam akaun amanah khas Kementerian Kewangan manakala kira-kira RM16.06 juta yang disita SPRM dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan.

Jawapan itu diberikan susulan dengan pertanyaan Lim berkenaan dengan aset-aset hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang dirampas pihak berkuasa.

Untuk makluman, pada 11 Jun polis telah merampas sebanyak 40 buah beg tangan mewah pelbagai jenama dalam serbuan di sebuah daripada dua kuarters kerajaan di Presint 10, Putrajaya yang dipercayai berkaitan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber: Utusan

Total
0
Shares
Related Posts