Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Negara Malaysia, Negara Kleptokrasi & Pencuri

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak telah meruntuhkan akhlak orang Melayu.

Menurut hantarannya di Facebook, Najib telah meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana ‘Boss’ mereka mencuri duit.

Kata Najib “Nak malu apa, Bossku” apabila Najib curi duit Kerajaan maka pengikut setianya pun tidak berasa malu apabila mereka curi duit atau mereka dapat duit yang dicuri oleh Najib. Najib mengajar orang Melayu supaya minta duit percuma.

Baca Jaga: Kaji Semula Silibus Peradaban Islam, Elak Salah Faham

Malah, beliau juga menyatakan dalam PRU (Pilihan Raya Umum) orang Melayu rela disogok duit daripada bekerja.

RM100 percuma lebih baik dari gaji RM2,000 sebulan kerana untuk gaji kerja diperlukan. Sebaliknya RM100 untuk undi tidak perlu kerja. Tak bagi duit tak undi. Ini jawapan pengundi PRU15. Sebab itu yang tak bagi duit kalah.

Bekas Presiden UMNO itu juga berkata, amalan rasuah menyebabkan pemimpin dalam kerajaan yang ditubuhkan akan selamanya terdiri daripada kalangan pencuri.

Inilah Melayu Najib. Sampai bila-bila pun Kerajaan Malaysia akan terdiri dari pencuri. Yang tak ada duit dan tidak sogok akan kalah.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts