Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pukul Anak Guna Meja, Ibu Direman Bantu Siasatan Kes Dera

Baru-baru ini banyak video tular melibatkan kes dera anak di media sosial. Malah pada tahun lalu lebih 1,000 kes yang membabitkan kes penderaan kanak-kanak berlaku di Selangor.

Semalam, pihak polis telah menahan ibu kepada kanak-kanak lelaki di sebuah rumah di Kok Lanas, Kelantan selepas video seorang ibu memukul anak lelakinya dengan meja tular di media sosial.

dera

Tindakan itu dibuat selepas bekas suaminya yang juga bapa mangsa membuat laporan polis pada 10 Mac lalu. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud.

Mohd Rosdi berkata, siasatan mendapati bekas suami suspek mengetahui kejadian tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada teman lelaki kepada wanita itu untuk memaklumkan insiden yang berlaku pada 9 Mac lalu.

Difahamkan selepas bercerai, suspek menjaga anak lelakinya manakala bekas suaminya tinggal bersama anak perempuan di Tampin, Negeri Sembilan. Sebelum ini, bekas suami suspek pernah cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan suspek berhubung hak penjagaan mangsa.

Walau bagaimanapun, mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan menerima rawatan sebagai pesakit luar dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Suspek direman selamat tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Utusan

Total
0
Shares
Related Posts