Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Rakyat Malaysia Keluar Negara Jadi Scammer?

Segelintir rakyat Malaysia yang sengaja pergi ke luar negara untuk bekerja dengan niat untuk menjadi “scammer” dan terlibat dalam penipuan dalam talian. 

Menurut Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution terdapat beberapa kategori penipuan yang berbeza berlaku.

Kategori pertama terdapat mereka memang tertarik dengan tawaran kerja tersebut bagaimanapun ditipu apabila sampai ke negara berkenaan. 

Manakala, kategori kedua mangsa sudah sedia maklum bahawa mereka akan menjadi penipu dalam skim pelaburan dan “love scam” sebaik sahaja sampai di negara-negara tersebut. 

Baca Juga: Rakyat Malaysia Parah Ditembak Di Thailand

Namun, apabila mereka tak capai KPI dan jadi mangsa. Maka dia hubungi pihak berkuasa untuk minta diselamatkan,” kata Saifuddin dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini.

Malah, ada diantara mangsa yang pernah diselamatkan dan menghubungi polis minta untuk diselamatkan sekali lagi. Ini membuatkan usaha menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut disia-siakan. 

Sehingga 26 Januari, polis menerima 262 laporan mengenai 330 rakyat Malaysia terjebak dalam penipuan pekerjaan dan kini terkandas di luar negara dengan 218 orang diselamatkan dan usaha membawa pulang bakinya sedang giat dijalankan.

Total
0
Shares
Related Posts