Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Rakyat Malaysia Parah Ditembak Di Thailand

Seorang lelaki Malaysia ditembak tiga kali dan mengalami kecederaan di perut dan paha ketika menunggang motosikal di wilayah Yala, Thailand.

Menurut laporan, mangsa berusia 55 tahun ditembak di Jalan Chantharothai, Betong, pada pukul 9 malam waktu tempatan Sabtu lalu, 11 Februari.

Baca Juga: Lelaki Saman Wanita Kerana Cinta Ditolak

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, kejadian berlaku berhampiran kedai serbaneka 24 jam. Suspek dipercayai warga Thailand dan berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

“Kesnya sedang disiasat oleh polis Thailand untuk menentukan motif di sebalik serangan, sama ada pertikaian peribadi atau berkaitan perniagaan,”.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim

Difahamkan, mangsa sering membuat perjalanan antara Betong dan Pengkalan Hulu, Perak, kerana dipercayai mempunyai isteri warga Thailand. Mangsa mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah.

Total
0
Shares
Related Posts