Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lelaki Saman Wanita Kerana Cinta Ditolak

Seorang lelaki telah memfailkan dua saman terhadap seorang wanita yang enggan menerima pelawaan untuk bertemu janji dengannya.

Lelaki yang dikenali sebagai K Kawshigan dari Singapura mengancam untuk menyaman Nora Tan apabila wanita itu menolak cintanya dan menganggap hubungan mereka sekadar berkawan sahaja.

Ekoran tindakan wanita itu, Kawshigan bertindak memfailkan dua saman, satu difailkan di mahkamah tinggi dengan tuntutan sebanyak AS$2.3 juta (kira-kira RM9.7 juta) kerana mengalami trauma emosi.

Manakala, saman kedua difailkan di mahkamah majistret dengan ganti rugi sebanyak AS$16,700 (kira-kira RM70,674) kerana wanita itu melanggar perjanjian untuk memperbaiki hubungan mereka selepas wanita itu berhenti menghadiri sesi kaunseling.

Bagaimanapun saman kedua telah ditolak oleh pihak mahkamah kerana ia tidak berasas.

Baca Juga: Pasangan Ini Guna Google Translate Untuk Berkomunikasi?

Untuk makluman, Tan dan Kawshigan menjalin hubungan mesra selepas bertemu pada 2016, tetapi persahabatan mereka terputus pada 2020. Ia selepas wujud salah faham mengenai hubungan mereka dengan Kawshigan menyangka hubungan itu atas perasaan cinta.

Sebaliknya, Tan hanya menganggap Kawshigan sebagai teman rapat hingga ambil keputusan berundur.

Susulan itu, Kawshigan bertindak memfailkan saman kepada Tan atas ganti rugi kecuaian akibat tekanan emosi.

Sumber: theguardian

Total
0
Shares
Related Posts