Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Petani Untung RM130K Dengan Hanya Jual Air Mani Kerbau?

Petani di wilayah Kalasin di Timur Laut Thailand memperoleh 1 juta baht (RM 130,00) sebulan hasil daripada menjual air mani seekor kerbau bernama ‘Big Billion‘.

Ini kerana penternak menggunakan benih ‘Big Billion’ untuk mengahwinkan kerbau betina secara buatan dengan harapan dapat melahirkan generasi baru kerbau cantik yang akan membesar untuk dijual dengan harga berjuta-juta.

Penternak kerbau air di seluruh Thailand difahamkan sanggup membayar harga yang tinggi untuk air mani kerbau bernama ‘Big Billion‘ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta).

Baca Juga: Kejam! Wanita Simpan Mayat ‘Ibu’ Sebab Nak Guna Duit Pencen

Difahamkan, Big Billion adalah jenis kerbau yang mempunyai banyak bakat kerana ia diibaratkan sebagai sebuah traktor tanpa kos. Malah, Najis kerbau itu digunakan sebagai baja yang menyuburkan padi dan tanaman tanpa menggunakan bahan kimia yang mahal dan tidak sihat.

Di Thailand, kerbau yang diternak bukan sekadar untuk pertanian. Kerbau juga diternak untuk tujuan kekuatan dan kecantikan serta dihantar untuk bersaing dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Pemenang akan menjual kerbau mereka di festival kerbau Thailand dengan harga yang mahal berjuta-juta baht.

Sumber: Thaiger

Total
0
Shares
Related Posts