Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kejam! Wanita Simpan Mayat ‘Ibu’ Sebab Nak Guna Duit Pencen

Seorang wanita berusia 47 tahun di Incheon, Korea Selatan telah menyimpan mayat ibunya sambil ditutup dengan selimut dirumahnya di sebuah bangunan pangsapuri di daerah Incheon.

Apa yang lebih mengejutkan, Ibu wanita itu dipercayai telah meninggal dunia sejak Ogos 2020 iaitu lebih dua tahun lalu.

Wanita itu dilaporkan menggunakan wang berkenaan bagi menampung kehidupannya. Dia dikatakan gagal mendaftarkan kematian ibunya kerana takut jatuh miskin.

Namun, kegiatannya itu terbongkar selepas pihak kebajikan merasa curiga kerana tidak menemui rekod perubatan sejak dua tahun lalu ibu wanita tersebut.

Baca Juga: Elak Dari Hutang, Wanita Ini Pura-Pura Sudah Meninggal

Difahamkan, wanita tersebut telah menerima wang pencen sebanyak 17 juta won (RM 59,000) dalam tempoh dua tahun. Dia menerima kira-kira 600,000 won (RM 2,100) sebulan hasil daripada pencen ibunya itu.

Walau bagaimanapun, wanita itu akan didakwa atas pertuduhan menyembunyikan dan menyimpan mayat. Jika disabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun. Waran telah dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Incheon pada hari sama wanita itu ditangkap.

Sumber: Headtopics

Total
0
Shares
Related Posts