Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Trump Ancam Kenakan tarif 100% Terhadap Negara BRICS Jika Dolar Digantikan

Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Sabtu mengeluarkan amaran yang beliau akan mengenakan tarif 100 peratus terhadap mana-mana negara BRICS yang cuba menggantikan penggunaan dolar AS dalam perdagangan antarabangsa, lapor AA.

Merujuk kepada pakatan ekonomi yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan – kini diperluaskan dengan merangkumi Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.

“Pandangan yang negara-negara BRICS cuba beralih daripada penggunaan dolar sementara kita hanya berdiam diri sudah tamat” kata Trump menerusi catatan Truth Social mengenai blok yang terdiri daripada Rusia, India, China, dan Afrika Selatan, yang kini telah diperluaskan untuk merangkumi Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.

Trump menuntut negara berkenaan untuk komited menggunakan dolar sebagai mata wang rizab mereka dan mengelak daripada mencipta mata wang BRICS baharu atau menyokong alternatif lain.

Tuntut negara-negara BRICS komited gunakan dolar sebagai mata wang rizab

Trump menuntut negara-negara berkenaan untuk komited menggunakan dolar sebagai mata wang rizab mereka dan mengelak daripada mencipta mata wang BRICS baharu atau menyokong alternatif lain.

“Kami memerlukan komitmen daripada negara-negara ini yang mereka tidak akan mencipta mata wang BRICS baharu atau menyokong mana-mana mata wang lain untuk menggantikan Dolar AS, jika tidak, mereka akan menghadapi tarif 100% dan harus bersedia mengucapkan selamat tinggal untuk menjual barangan mereka dalam ekonomi AS yang menarik.

“Tiada peluang bagi BRICS untuk menggantikan Dolar AS dalam perdagangan antarabangsa dan mana-mana negara yang cuba berbuat demikian harus mengucapkan selamat tinggal kepada Amerika,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, 24 Oktober 2024, Malaysia serta 12 negara lain secara rasminya menjadi negara rakan kongsi BRICKS. Namun, kesemua 13 negara ini belum lagi dikategorikan sebagai negara penuh BRICS.

Total
0
Shares
Related Posts