Seorang petani telah mencipta buah hibrid yang membolehkan orang menikmati rasa tembikai dan tembikai susu.
Petani yang dikatakan berusia 40-an dari Fuyang, di wilayah Anhui, China telah mencetuskan fenomena di media sosial apabila dia memuat naik gambar buah separuh tembikai dan separuh lagi tembikai susu.
Sebelum ini, petani itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha mencipta hibrid tembikai dan tembikai susu, tetapi pada minggu lalu, dia memuat naik hasil usahanya di Weibo, mengatakan bahawa dia akhirnya berjaya selepas beberapa percubaan yang gagal.
Buah-buah yang kelihatan seperti labu sayong itu adalah tembikai susu yang tumbuh di atas buah tembikai, yang dikatakannya membolehkan orang ramai menikmati rasa kedua-dua buah itu serentak.
Walaupun buah-buah yang dipaparkan dalam gambar dan video yang tular di media sosial China berukuran sebesar penumbuk tangan manusia, ia masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan.
Sumber: Oddity Central