Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tentera Israel Keluarkan Video Operasi Di Lubnan, Gaza

Tentera Israel iaitu Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan rakaman video yang memaparkan operasi rejim yang didakwa berlaku di Gaza serta Lubnan di laman sosial media X.

Video tersebut menunjukkan anggota rejim berjalan di kawasan di mana konflik memuncak, termasuk di wilayah Jabalia, utara Gaza.

Antara lain, anggota juga dilihat memasuki kawasan selatan Lubnan dan mendakwa meranapkan fasiliti ketenteraan pasukan pejuang Hezbollah.

Terdahulu di Lubnan, Hezbollah dilaporkan sedang bersiap siaga berhadapan dengan rejim itu selepas kepimpinan tertingginya dibunuh.

Dalam pada itu, di Gaza, sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam siri serangan terbaharu rejim itu.

Kebimbangan juga tertumpu di Jabalia selepas agensi bantuan antarabangsa mengatakan ribuan penduduk terperankap selepas digempur rejim dalam operasi darat dan udara

Total
0
Shares
Related Posts