Seorang pekerja pengurus kewangan bernama Dermot Alastair Mills di Ireland mendakwa dia dibayar hampir RM500,000 setahun untuk tidak membuat apa-apa.
Perkara itu terjadi selepas Dermot mendedahkan salah laku perakaunan syarikat pada 2014. Dia kemudian dilepaskan daripada hampir semua tugasnya, sehingga dia kini menghabiskan sebahagian besar harinya untuk makan tengah hari dan membaca surat khabar.
Namun, Dermot masih menerima gaji tetapnya setiap bulan kira-kira RM41,600. Malah dia menyatakan pekara itu adalah satu bentuk diskriminasi.
Saya duduk dan saya membaca surat khabar dan makan sandwic saya. Kemudian kira-kira jam 10.30 pagi, jika ada e-mel yang memerlukan jawapan, saya menjawabnya.
Baca Juga: Wanita Patah Rusuk Akibat Batuk Makan Pedas?
Jika ada kerja yang berkaitan dengannya, saya melakukan kerja itu. Saya akan berasa teruja jika mendapat sesuatu yang memerlukan saya untuk melakukan kerja walaupun sekali dalam seminggu.
Pengurus kewangan itu juga menambah bahawa dia berasa tersisih kerana telah dikecualikan daripada mesyuarat dan latihan syarikat.
Sumber: Oddity Central