Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Asia Tenggara Sedang Menghadapi Cuaca Panas?

Asia Tenggara kini sedang mengalami cuaca panas akibat perubahan iklim dan fenomena El Nino. Menurut akhbar, beberapa tempat di Filipina dan Thailand mencecah suhu sehingga 53 darjah Celsius.

Malah, perubahan suhu juga telah membuatkan beratus-ratus ribu ikan telah mati dalam takungan di wilayah Dong Nai, selatan Vietnam.

Namun, Malaysia tidak terkecuali daripada keadaan ini malah dijangkakan cuaca pada tahun ini akan lebih panas berbanding tahun lalu yang merupakan rekod paling panas bagi negara.

Setakat 1 Mei, MetMalaysia mengumumkan purata suhu antara 35 hingga 40 darjah Celsius akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut.

Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) menganggarkan cuaca akan kembali ke keadaan neutral antara April dan Mei memandangkan kemuncak El Nino telah berlalu.

Untuk makluman, Fenomena El Nino merujuk kepada keadaan pemanasan alam sekitar yang melebihi purata suhu semasa permukaan laut.

Fenomena El-Nino bukanlah sesuatu yang baharu bagi negara Malaysia dan lain-lain negara di Asia Tenggara.

Total
0
Shares
Related Posts