Klon adalah satu proses menghasilkan anak yang mempunyai kandungan genetik sama dengan induknya.
Para pengkaji dan saintis telah melakukan banyak percubaan dalam menghasilkan klon untuk menghidupkan kembali haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah lama pupus. Namun hanya beberapa sahaja yang berjaya dan sempurna.
China Berjaya Mencipta Klon Serigala Liar Pertama
Sebuah firma gen yang berpangkalan di Beijing, China mengumumkan kejayaan mereka dalam menghasilkan klon serigala artik liar pertama di dunia.
Difahamkan, klon serigala itu dilahirkan pada 10 Jun lalu bertujuan menyelamatkan spesis haiwan yang terancam melalui teknologi pengklonan.
Untuk menyelamatkan haiwan terancam, kami memulakan kerjasama penyelidikan dengan Harbin Polarland mengenai pengklonan serigala artik pada tahun 2020. Selepas dua tahun berusaha serigala artik berjaya diklonkan. Ia adalah kes pertama seumpamanya di dunia
Klon itu dihasilkan daripada sel serigala Arktik Maya berusia 16 tahun bernama Maya yang mati pada Ogos tahun lalu. Klon serigala itu juga diberikan nama Maya kerana dihasilkan dari sampel tersebut.
Baca juga: China Temui Virus Baharu Yang Membawa Maut Dari Cencurut
Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama firma China itu mengklon haiwan. Pada 2019, Saintis mengklonkan kucing menggunakan teknologi serupa.
Bukan haiwan pertama yang diklonkan
Haiwan pertama yang diklonkan ialah Dolly the sheep pada tahun 1996.Namun, Ia mati pada Februari, 2003, akibat jangkitan paru-paru. Kini, mayat Dolly telah diletakkan di Muzium Negara Scotland di Edinburgh, di mana dia Dolly menjadi salah satu pameran muzium interaktif mengenai etika penciptaan haiwan transgenik yang memaparkan penyelidikan semasa dari Institut Roslin.
Sumber: ndtv