Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

China Temui Virus Baharu Yang Membawa Maut Dari Cencurut

Langya Henipavirus, dikenali sebagai ‘Langya’, telah menjangkiti 35 orang, menurut Pusat Kawalan Penyakit Taiwan
China

China telah menemui virus baharu yang berpotensi membawa maut yang dipercayai telah ditularkan kepada manusia oleh cencurut.

Menurut laporan Taipei Times, virus Langya Henipavirus, yang dikenali sebagai “Langya,” telah menjangkiti 35 orang di China, walaupun tiada seorang pun yang meninggal dunia atau mengalami penyakit serius.

Dua puluh enam daripada pesakit dilaporkan telah dilanda simptom seperti selesema, termasuk demam, letih, batuk, sakit kepala, dan muntah.

Virus itu setakat ini ditemui di wilayah Shandong dan Henan China, dan penularan dari manusia ke manusia masih belum dilaporkan.

China
Gambar sekadar hiasan

Virus baharu itu adalah dalam keluarga Henipavirus, yang mempunyai dua virus yang dikenal pasti sebelum ini, virus Hendra dan virus Nipah. Tiada vaksin dan kes yang teruk yang disebabkan virus tersebut. Namun boleh menyebabkan kadar kematian sehingga 75 peratus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Selain itu, perkembangan henipavirus baharu juga telah diterbitkan dalam kajian bertajuk “A Zoonotic Henipavirus in Febrile Patients in China” yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine minggu lepas.

Baca juga: Cacar Monyet Tiada Kaitan Dengan Monyet, Tegas WHO

Tiada kontak rapat atau sejarah rekod di kalangan pesakit, yang menunjukkan bahawa jangkitan disebar melalui sporadis

Kajian itu mendapati bahawa daripada 25 spesies haiwan kecil liar yang diuji, virus itu kebanyakannya ditemui dalam cencurut (27 peratus) dan menyatakan kajian itu menunjukkan bahawa cencurut mungkin merupakan pembawa semula jadi virus Langya.

Total
0
Shares
Related Posts