Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Cacar Monyet Tiada Kaitan Dengan Monyet, Tegas WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia Mengeluarkan Kenyataan Selepas Laporan Haiwan Primat Diracun Di Brazil
cacar monyet

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menegaskan bahawa wabak cacar monyet tidak mempunyai kaitan dengan monyet, berikutan beberapa serangan yang dilaporkan ke atas primat di Brazil.

Jurucakap WHO, Margaret Harris menjelaskan, meskipun mempunyai perkataan ‘monyet’ dalam nama penyakit itu, haiwan berkenaan bukan pembawa utama wabak itu, malah menegaskan ia langsung tidak ada kaitan dengan penularan semasa sekarang.

Pemberian nama Cacar monyet kerana virus pada mulanya dikesan pada monyet yang disimpan untuk penyelidikan di Denmark.

Baca juga: Makan Telur Berlebihan Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Primat tidak boleh dipersalahkan atas lonjakan kes cacar monyet di Brazil selepas laporan di beberapa bandar serangan fizikal dan keracunan monyet.

Menurut badan dunia itu, peningkatan kes cacar monyet telah menyebabkan penduduk setempat panik dan mula membunuh pelbagai spesies monyet di Brazil.

Di Rio Preto, negeri São Paulo, 10 monyet telah diracun atau dicederakan dengan sengaja dalam masa kurang seminggu, laporan G1. Pasukan penyelamat dan aktivis mengesyaki monyet itu diracun dan diserang selepas tiga kes cacar monyet disahkan di kawasan itu.

Cacar monyet
Sumber: UN News

Di peringkat global, lebih 28,100 kes dan 12 kematian telah direkodkan, kerana jangkitan monkeypox telah meningkat sejak Mei di luar negara barat dan tengah Afrika di mana penyakit itu telah lama menjadi endemik.

Sehingga kini, Brazil telah mencatatkan lebih 1,700 kes dan satu kematian, menurut data WHO.

Sumber: theguardian

Total
0
Shares
Related Posts