Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

e-Wallet RM100 Madani Boleh Tebus Bermula 4 Disember

Sebentar tadi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan tarikh pengeluaran kredit e-dompet RM100 untuk orang dewasa berpendapatan RM100,000 atau ke bawah setiap tahun.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, untuk layak menerima insiatif ini, anda mestilah seorang dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun atau kurang.

Ini bermakna insiatif ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada individu berpendapatan rendah tetapi ia juga akan diberikan kepada kelas pertengahan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara pada Rabu (29 Nov.

Malah, insiatif ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat di negara ini yang berada di bawah kategori pendapatan B40 dan M40, iaitu kira-kira separuh daripada populasi dewasa Malaysia.

Sebelum ini dikenali sebagai e-Tunai, program itu kini dipanggil e-Madani dan tempoh penebusan kredit akan bermula dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Total
0
Shares
Related Posts