Baru- baru ini, viral satu video yang menunjukkan seorang lelaki menggunting Jalur Gemilang yang dipasang di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.
Perbuatan lelaki itu dianggap sebagai khianat dan mengundang kemarahan orang awam lebih-lebih lagi melihat bendera itu dirosakkan.
Namun, Polis sedang mencari seorang lelaki yang melakukan perbuatan khianat dengan menggunting Jalur Gemilang yang dipasang di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Baca juga: Lelaki Beri Bayi ‘Vape’ Ditahan Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya
Rakaman video berdurasi 38 saat itu dimuat naik di TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera. Difahamkan, ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi.
Sumber: Berita Harian