Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kerajaan Beri Bantuan Tunai Rakyat RM300 & RM100 Pada Januari 2023

Kerajaan memberi RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada bujang sebagai sebahagian daripada fasa pertama Bantuan Tunai Rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Perkara itu dimaklumkan semasa pembentangan bajet mini yang bertujuan membantu rakyat Malaysia, kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan tunai yang dijangka memanfaatkan kira-kira 9 juta rakyat Malaysia.

Baca Juga: Ancaman Tanah Runtuh Di 31 Kawasan ‘Hotspot’ Seluruh Negara

Anwar juga menyebut bahawa pemberian itu akan diberikan pada Januari 2023 dan bukannya Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan terdahulu.

Kami telah mempercepatkan proses supaya mereka mendapat bantuan yang diperlukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau menambah, keputusan ini dibuat bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya petani dan nelayan yang tinggal di wilayah pantai timur.

Total
0
Shares
Related Posts