Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

PU Azman Didakwa Lagi? Atas Tuduhan Amang Seksual

Sebelum ini Pendakwah selebriti, PU Azman dihadapkan ke mahkamah atas lima pertuduhan kes amang seksual.

Kini, PU Azman berdepan empat lagi pertuduhan termasuk melakukan amang seksual dan satu lagi kelucahan melampau.

Tertuduh PU Azman telah dituduh berhubung dua kes amang seksual fizikal yang dipercayai berlaku di sebuah inap desa di Sungai Udang, sekitar jam 12 hingga 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun lalu. Manakala, satu lagi pertuduhan didakwa atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Baca Juga: Individu Dedah Pernah Jadi Mangsa PU Azman

Walau bagaimanapun, tertuduh menafikan dakwaan terhadap dirinya dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibicarakan di depan hakim.

Tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya sabit kesalahan

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Namun, PU Azman yang diwakili Peguam Fahmi Adilah dibenarkan membayar jaminan berjumlah RM24,000 berserta penjamin. Tertakluk kepada syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan bermula bulan ini.

Sebutan semula bagi kesemua kes dijadualkan pada 12 Januari hadapan.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts