Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Individu Dedah Pernah Jadi Mangsa PU Azman

Semalam, penceramah bebas iaitu PU Azman dihadapkan ke mahkamah atas lima pertuduhan kes amang seksual.

Walau bagaimanapun, tertuduh menafikan dakwaan terhadap dirinya dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibicarakan di depan hakim.

Terbaru, Caprice tampil mendedahkan bukti perbualan yang melibatkan PU Azman dan seorang individu lelaki.

Menerusi hantaran di twitter, kelihatan remaja lelaki menghubungi Caprice dan mendakwa pernah berbalas mesej di Instagram bersama PU Azman.

Melalui mesej yang dihantar remaja itu kepada Caprice, dia memberitahu PU Azman pernah mengajaknya untuk video call tetapi dia menolaknya.

Baca juga: Bicara Kes Gangguan Seksual Ebit Lew Bermula Esok

Malah, dalam mesej itu PU Azman juga bertanya tentang nombor telefon, umur, bersikap nakal atau baik, dan status percintaan individu tersebut.

Tidak Percaya anggap mesej tersebut diedit dan akaun telah digodam

Susulan video itu, ramai netizen tidak mempercayai perbualan itu dengan mengatakan ia mungkin disunting atau kemungkinan akaun Instagram PU Azman digodam.

PU Azman

Ramai berkongsi pengalaman yang sama

Apa-apa pun, jangan kita bertindak melulu dengan komen-komen negatif yang boleh mendatangkan fitnah. Semoga mahkamah bertindak dengan adil dalam kes ini.

Total
0
Shares
Related Posts