Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Vokalis kumpulan Hujan Noh Salleh yang sering menjadi idola muzik dan ikon fesyen anak-anak muda tempatan.
Baru-baru ini, video penampilan Noh Salleh membuat ‘catwalk‘ di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur telah menarik perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, Noh tampil memperagakan jenamanya Hikari Riders dengan kolaborasi bersama Super Sunday. Apa yang menjadi perhatian adalah penyanyi itu berjalan sambil membawa seputung rokok.
Baca juga: 11 Tahun Indah Bersama, Noh Salleh & Mizz Nina Akhirnya Bercerai
Walau bagaimanapun, imej yang dibawa Noh Hujan menerima pelbagai reaksi. Ada yang mengatakan gaya yang dibawa Noh seperti ‘rider foodpanda’. Malah, ada segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan Noh.
Untuk makluman, kali pertama jenama milik Noh Salleh Hikari Riders dikeluarkan adalah pada 2018. Jenama Hikari Riders juga pernah berkolabrasi dengan Crossover, Saint Barkley, Muthapuaka dan Maternal Disaster.