Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sultan Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib & Rosmah

Darjah kebesaran yang dianugerahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, telah dibatalkan berkuat kuasa hari ini, 12 September.

Menurut kenyataan Pejabat Diraja Selangor, setiausaha kerajaan negeri Selangor Haris Kasim berkata gelaran Najib dibuang kerana Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes SRC International akhir bulan lalu.

Sementara itu, gelaran Rosmah juga ditarik balik selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi pada 1 September lalu.

Baca juga: Rosmah Mansor Didapati Bersalah Dalam Kes Rasuah Hibrid solar

Penarikan itu selaras dengan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara XXXVII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta Status Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Baca juga: Rayuan Akhir Gagal, Najib Razak Dipenjara Hari Ini

Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri dan DPMS Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022.

Najib pada asalnya dianugerahkan gelaran Datuk pada 1992 dan gelaran Datuk Seri pada 2004, manakala Rosmah dianugerahkan gelaran Datin Paduka Seri pada 2005.

Pasangan itu juga telah dilucutkan gelaran mereka di Negeri Sembilan pada 2018

najib razak

Namun, pasangan itu masih mempunyai banyak gelaran yang telah diterima dari negeri lain.

Untuk makluman, Najib mempunyai sembilan gelaran dari Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, dan Sarawak. Manakala Rosmah pula mempunyai gelaran dari Pahang, Melaka, Kedah, Sabah, dan Sarawak yang membawa gelaran Datuk Seri atau setaraf dengannya.

Total
0
Shares
Related Posts