Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lato-Lato Berbahaya & Pernah Diharamkan Di Amerika?

Sejak kebelakangan ini, permainan ‘lato-lato’ semakin popular di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Malah, setiap kali melayari sosial media pasti akan terlihat beberapa video kanak-kanak sedang bermain lato-lato.

Namun tahukah anda bahawa permainan tersebut pernah diharamkan dan berbahaya untuk kanak-kanak berusia bawah lapan tahun?

Menurut Facebook Public Health Malaysia, permainan lato-lato dikenali sebagai Clacker yang popular pada 50 tahun yang lalu telah diharamkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) kerana menyebabkan risiko kecedaraan kepada kanak-kanak.

Baca Juga: Konjac Jelly Bahaya Kepada Kanak-Kanak & Boleh Bawa Maut?

Salah satu sebab utama mengapa lato-lato telah diharamkan di negara itu kerana ia menimbulkan risiko keselamatan.

Permainan tersebut boleh mendatangkan risiko kecederaan pada mata, muka dan tangan, selain berisiko terjerut leher tali lato-lato.

Apabila bebola plastik pada kelajuan tinggi, ia akan membuatkan bebola itu mudah pecah dan cebisan kecil yang pecah itu boleh menyebabkan kecederaan mata, luka dan lebam yang serius.

Malah, Amerika mengharamkan permainan lato-lato adalah disebabkan pencemaran bunyi. Bunyi klik yang kuat dibuat oleh lato-lato boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang yang mempunyai sensitiviti deria, seperti mereka yang mempunyai autisme atau cacat pendengaran.

Dalam pada itu, ibu-bapa harus memantau anak-anak ketika mereka bermain lato-lato untuk mengelakkan kecederaan.

Sumber: groovy history, Public Health Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts