Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Zul Huzaimy

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas pelakon, Zul Huzaimy susulan kenyataan kontroversi yang disifatkan berbaur perkauman.

Menurut Setiausaha PDRM, Noorsiah Saaduddin, pihaknya telah menerima laporan berhubung video ucapan pelakon berkenaan. Malah, siasatan bakal dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”

Terdahulu tular rakaman video ceramah pelakon itu di atas pentas dikaitkan dengan Pas, mengandungi kenyataan kontroversi berbaur perkauman.

Walau bagaimanapun, Zul tampil memohon maaf malah mendakwa rakaman video berkenaan telah disunting untuk tujuan pihak tertentu. 

Baca Juga: Rakyat Makan Duit Haram, Jika Terima BKM Fasa 4?

Zul turut menafikan dirinya terlalu ekstrem dan hanya menujukan kenyataannya kepada “segelintir” orang bukan Islam yang didakwanya tidak membenarkan azan berkumandang.

Total
0
Shares
Related Posts